Home  |  Hill Talk  |  Orang Bukit  |  Green Pages  Contact Us     

LETTER OF PROTEST TO MPAJ

 

03 Julai 2007

 

Tuan Yang Di Pertua

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama

Pandan Indah, Selangor

55100 Kuala Lumpur

 

Tuan Yang DiPertua,

 

Perkara: Bantahan Cadangan Pembinaan Baru Di Atas Lot 377, 89, 171, 412, 251 252 456 202 dan 411 Mukim Hulu Klang

 

Surat tuan rujukan (6) 11/5/341 -2 dengan dua tarikh 19-06-07 (atas) dan 25 Jun 2007 (bawah) dalam satu surat  yang membolehkan tuan tanah bersempadan membuat bantahan dalam masa 21 hari daripada tarikh notis mengikut Kaedah (7) Seksyen 21 (6) Akta Perancangan Bandar dan Desa adalah dirujuk

 

Kami penandatangan di bawah sebagai tuan tanah bersempadan dan penduduk-penduduk di Jalan Kelab Ukay 4, 5 dan 6 telah berbincang dan dengan sebulat suara MEMBANTAH Cadangan Pembinaan Baru Di Atas Lot 377, 89, 171, 412, 251 252 456 202 dan 411 Mukim Hulu Klang berdasarkan kepada perkara2 berikut:-

 

 

A. KESESAKAN KAWASAN

 

1.       Jalan Kelab Ukay 5 sudah sedia penuh dengan perletakan kenderaan penduduk Kelab Ukay 5 sedia ada. Cadangan pembinaan 21 buah rumah 3 tingkat yang hadapan rumahnya menghadap jalan yang telah sedia sesak akan menambah kesesakan perletakan kereta, minda dan menganggu kerukunan sosial penduduk.

 

2.       Bangunan rumah yang dicadangkan adalah lebih tinggi. Sekurang-kurangnya lima cadangan rumah baru menghadap dinding rumah nombor 2 dan  lima lagi menghadap nombor 15 Jalan Kelab Ukay 5. Kedudukan cadangan rumah baru yang lebih tinggi akan membuatkan penduduk dua rumah ini  kehilangan ruang peribadi dan secara psikologinya terasa seperti diintai

 

B. RISIKO RETAK DAN RUNTUH

 

1.       Taman Kelab Ukay adalah kaki cerun Bukit Antarabangsa. Perubahan sokongan kepada kaki cerun oleh kerja-kerja korekan dan pertambahan beban kerana pergerakan isipadu kawasan tambakan menggugat kestabilan cerun dan boleh menyebabkan pergerakan tanah yang akan meretakkan dinding dan struktur rumah rumah Jalan Kelab Ukay 4, 5 dan 6 sedia ada

 

2.       Ringkasan Laporan Kegagalan Cerun Bukit Antarabangsa IKRAM  jadual 4.3 menyebut bahawa rekahan sistem saliran, penyerapan air hujan oleh tanah, longkang tersumbat, pemadatan kurang baik kepada tambakan, kedudukan bahan lemah seperti kayu dalam lapisan tanah tambakan, penambahan jisim tanah kerana hujan yang berpanjangan menyebabkan lapisan atas tanah menjadi tepu. Daripada laporan ini, hujan lebat yang lama dan serapan air ke dalam tanah oleh akar-akar pokok boleh menyebabkan tanah runtuh.

 

3.       Kawasan Bukit Antarabangsa adalah kawasan berisiko runtuh dan insiden keruntuhan adalah antara yang tertinggi di Malaysia

 

 

C. PENCEMARAN BUNYI DAN HABUK

 

1.       Bunyi pembinaan akan menganggu ketenangan rumah-rumah berhampiran. Penduduk berhampiran terpaksa mengeluar wang atas kos perubatan dan peralatan yang secara asasnya tidak perlu.

 

2.       Habuk akan bertambah, menambah penyakit dan penduduk berhampiran terpaksa mengeluarkan wang tambahan untuk kos perubatan dan peralatan rumah untuk menghalang dan membersih habuk

 

D. KAWASAN PEMBINAAN TERLALU HAMPIR DENGAN RUMAH

 

1.       Jalan Kelab Ukay 5 akan menjadi  kawasan pembinaan dan tidak sampai 10 kaki daripada rumah terhampir (Nombor 15). Sebarang kegagalan peralatan dan bahan sudah pasti akan mengugat keselamatan penduduk asal.

 

2.       Jalan Kelab Ukay 4, 5 dan 6 adalah kawasan padat kanak-kanak dan terdapat sebuah tadika yang bersebelahan dengan  kawasan pembinaan. Kenderaan pengangkut dan tumpahan bahan pembinaan adalah risiko yang terlalu tinggi

 

3.       Kebiasaan kewujudan rumah kongsi biasanya akan mewujudkan masalah keselamatan dan sosial. Rumah No 15 Jalan Kelab Ukay 5 pernah dirompak dan ada percubaan pada nombor 2. Terdapat beberapa laporan polis sejak tahun 1999. Kewujudan ancaman baru akan menimbulkan lagi kesan traumatik yang menganggu produktiviti.

 

E. KEMUSNAHAN KEHIJAUAN DAN REKREASI

 

1.       Kawasan tanah yang dipenuhi kehijauan akan hilang selama-lamanya

 

2.       Kawasan rekreasi badminton yang dibina oleh penduduk setempat yang membuktikan kerukunan Jalan Kelab Ukay 4, 5 dan 6 akan musnah.

 

 

F. MENCEMAR NAMA MPAJ

 

1.       Cadangan pembinaan baru di atas lot 377, 89, 171, 412, 251 252 456 202 dan 411 mukim Hulu Klang termasuk pembinaan PANGSAPURI D 3 BLOK 27 TINGKAT di kawasan sekecil Taman Kelab Ukay akan menunjukkan seperti MPAJ tidak menyahut seruan YAB Perdana Menteri membentuk modal insan kerana hanya mementingkan infrastruktur komersil tanpa mementingkan infrastruktur pendidikan dan sosial seperti sekolah rendah dan menengah, rekreasi, balai komuniti, dan lain-lain

 

 

2.       Penambahan kepadatan penduduk menambahkan kesesakan jalanraya pagi waktu bekerja  dan kanak-kanak sekolah terpaksa keluar awal dan tidak mustahil nanti, meninggalkan solat subuh. Ini memberi gambaran bahawa MPAJ tidak mengambil berat tentang sahsiah dan kerohanian penduduk yang sepatutnya tinggi mengikut nilai Islam Hadhari yang ditekan YAB Perdana Menteri

 

 

3.       Rumah sedia ada Jalan Kelab Ukay 5 sebelah kiri jalan sudah bernombor ganjil bersekuen berterusan. Pembinaan rumah-rumah baru di antara nombor 13 dan 15 akan mewujudkan barisan rumah bersambung tetapi berskim nombor lain. Ini memberi gambaran bahawa pembangunan ini sebagai perancangan kurang fikir (after thought planning)

 

 

4.        Notis Kepada Tuan Punya Tanah Bersempadan (Kaedah 7) Seksyen 21 (6) Akta Perancangan Bandar dan Desa yang dihantar kepada penduduk No 17, Jalan Kelab Ukay 5, ditulis dengan nama penduduk yang menduduki rumah No 15 (Nombor 15 tiada surat walaupun rumah ini paling hampir dengan cadangan rumah baru Jalan Kelab Ukay 5) Ini menunjukkan MPAJ tidak teliti dalam semakan senarai dokumen dan jika kecuaian sekecil ini boleh berlaku, apa lagi perkara yang lebih kompleks.

 

 

5.        Baris akhir notis memberitahu bahawa butir-butir mengenai pemajuan boleh didapati daripada Pejabat Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, tetapi apabila diminta oleh penduduk pada 26 Jun 2007 jam 11 pagi, penduduk diberitahu tiada butir dan kesemua Pengarah, Perancang dan Pegawai yang terlibat sama ada bercuti atau mengambil peperiksaan dan sehingga surat ini dihantar, tiada butir diterima walaupun dijanji.

 

Sekian, bantahan kami.

 

Yang benar,

 

 

(Kesemua tandatangan beserta nama, alamat, nombor telefon dan nombor kad pengenalan di dalam kepilan berlampir)

NOTE: If you feel strongly about the issue and would like to sign the petition, please call Anuar at 019 3514 154 or U-Chen at 016 2252 555 or email us with your phone number so that they can arrange to meet you for your signature

 < Back to previous page

 

©2007 ANTARABANGSA.NET